Thursday, 28 June 2012

B U K A N K A W A N


awak bukan kawan..



Sesungguhnya mukmin itu bersaudara." (al-Hujuraat: 10)
 "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)." (Al-Hujuraat: 49)
 

 
*muamalat = hubungan

KENALAN ni ibarat "friends" dalam facebook.. kenal nama, tegur xpernah, jumpe punsekali dua je..
tp mereka juga boleh "menyumbang" dosa & pahala kita.. contoh mudah.. 

 

 


KAWAN & TEMAN.. mereka ni org yg slalu bersama kite.. but stage berbeza..

 


Teman yang paling baik adalah apabila kite melihat wajahnya, kite akan teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat akan KEMATIAN

*i know it sounds scary... but... take your time to think about it ^_^

 

*viewers : pebende plak taaruf , tafahum & takaful ???? =.="
  • taaruf (kenal) : die kenal kita, tahu kat mana kita tinggal,  nama awek kita, tahu kita suke merepek dan sebagainya (pada tahap ni, kita kenal secara surface je)
  • tafahum (faham) : die tahu ape yg kita suka, ape yg kita xsuka, tahu bile kita tiba-tiba akan emo (fokus kpd wanita :P), sedih dan lain-lain.
  • takaful (bantu) : org yg dapat tolong kita selepas tafahum kita (ramai yang xlepas stage nie) mereka mungkin faham kita, tapi xsanggup menolong kita berubah.. (cth mudah perbezaan org yg menolong kita, dan org yg xmenolong kita ade kat gambar bawah)
dia faham kita xsuka basuh baju.. tp apa tindakan?


 
Daripada Nu'man bin Basyir r.a. Rasulullah s.a.w bersabda:  
"Kemesraan, kasih sayang, dan saling berbelas kasihan antara orang Mukmin diibaratkan seperti satu jasad, apabila satu anggota mengadu kesakitan seluruh jasad akan turut merasa sakit hingga berjaga malam serta merasa panas dan gusar(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Sesiapa yang menyenangkan orang yang susah ALLAH akanmenyenangkannya di dunia dan di akhirat. Sesiapa yang menutup keburukan seorang Muslim, ALLAH akan menutup keburukannya di dunia dan di akhirat. Dan ALLAH akan menolong seorang hamba selagi mana iaberusaha untuk menolong saudaranya." (Riwayat Muslim)


 


"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada iamenyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak."(Riwayat Abu Daud)

setiap orang ade kebaikan dan keburukan.. tp ia bergantung pada kita.. 
kita xboleh mengharap orang berubah kalau kita sendiri liat nk brubah.. 
so kene ubah diri dahulu mengikut keadaan.. "takaful selepas tafahum" cari kawan banyak-banyak! 
amik berat antara satu sama lain tukar yg negatif jadi positif.. husnu dzon


teme cuba sampaikan dalam bentuk illustrasi.. klik sini untuk tengok illustrasi tu dan cuba faham ^_^ 

 

BUT

 


 Wallahualam~~~

No comments:

Post a Comment